Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam

Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam
link : Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam

Baca juga


Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam

Zikri Kamarulzaman


LIHAT VIDEO DI SINI

Dua lelaki yang memakai baju BERSIH telah dilempar telur oleh peserta baju merah di Sabak Bernam, hari ini.

Kedua-duanya yang menunggang motosikal telah diserang apabila mereka melintasi jalan masuk ke dalam kawasan yang dipenuhi kumpulan baju merah.

Seorang saksi berkata, lelaki berkenaan menghampiri kumpulan baju merah selepas mereka melempar telur dari seberang jalan.

Bagaimanapun, polis berkata, lelaki itu mahu pulang ke rumah dan memutuskan untuk menggunakan jalan yang dipenuhi oleh kumpulan baju merah.

Selepas menghampiri kumpulan baju merah itu, seorang lelaki telah berundur tetapi seorang lagi yang mana motosikalnya ditolak, berdiri dan dilempar dengan telur.

Seorang peserta baju merah kemudian menendang dari belakang sehingga menyebabkan beliau terbaring ke atas jalan raya.

Seorang pegawai polis kemudian mecelah menerusi orang ramai bagi membantu peserta BERSIH tersebut.

Lelaki itu kemudian ditendang buat kali kedua oleh individu lain dari belakang ketika pegawai polis sedang meminta semua pihak agar bertenang.

Kemudian lelaki itu diiringi untuk meninggalkan tempat kejadian selepas itu pemimpin baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos muncul dan meminta pengikutnya untuk mengangkat motosikal mangsa.

Jamal kemudiannya secara peribadi menyerahkan kembali motosikal itu kepada polis.

Semalam, seorang pemimpin Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memberi amaran untuk menyekat konvoi BERSIH bagi memasuki Selangor.

Katanya, sekatan itu akan dibuat atas alasan bagi menghormati hari pemasyhuran Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai raja muda Selangor.

“Tetapi apabila mereka melintasi (sempadan Selangor), tidak menghormati hari pemasyhuran, kita tidak akan teragak-agak untuk menghalang puak-puak mengarut ini daripada terus berjalan di negeri Selangor.
“Cukuplah BERSIH, kita akan jumpa anda di tiga tempat yang anda nyatakan, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang.

“Kita tunggu anda di sana,” katanya seperti dilaporkan KiniTV.



Demikianlah Artikel Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam

Sekianlah artikel Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyokong Bersih dilempar telur, diterajang di Sabak Bernam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/penyokong-bersih-dilempar-telur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :