Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan

Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan
link : Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan

Baca juga


Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan


SHAH ALAM: Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan partinya memang ingin menyertai Pakatan Harapan.

Berucap di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini, beliau menafikan dakwaan kononnya Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin keberatan menyertai Pakatan Harapan, kerana ingin bekerjasama dengan PAS.

“Memang niat kita untuk bersama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan. Ini keputusan PPBM. “Tak betul sama sekali (dakwaan) yang menentang perpaduan Pakatan Harapan dan PPBM adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia bersama-sama saya setuju yang kita akan menyertai Pakatan Harapan secara langsung,” katanya disambut tepukan gemuruh lebih 1000 hadirin.

Menurut laporan, Muhyiddin didakwa menangguhkan penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan yang dijadualkan diumumkan hari ini kerana ingin bekerjasama dengan PAS.

Bekas perdana menteri menyatakan kegembiraan melihat perpaduan parti komponen Pakatan Harapan yang ditunjukkan dalam konvensyen hari ini.

“Saya kagum tengok ramai yang hadir. Selepas ini, saya harap PPBM diterima dalam Pakatan Harapan untuk bersama-sama (melawan BN),” katanya.

Malah, beliau berkata tiada masalah untuk menyokong reformasi – slogan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menentangnya lebih 2 dekad lalu – yang disambut dengan laungan “Reformasi” daripada para hadirin. Subheader: DAP bukan alasan tidak sertai Pakatan

Tanpa menamakan sesiapa, beliau mengecam pihak yang menjadikan DAP sebagai alasan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.

“Jangan kata tidak mahu sertai (Pakatan) kerana DAP. Saya dulu musuh ketat Lim Kit Siang (Ketua Ahli Parlimen DAP), tetapi itu hal kecil berbanding menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Sebaik Mahathir menamatkan ucapannya dan turun dari pentas, sejumlah hadirin melaungkan “bebas Anwar” berulang kali sebelum diminta pengerusi majlis supaya bertenang.


Demikianlah Artikel Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir sahkan PPBM akan sertai Pakatan Harapan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/dr-mahathir-sahkan-ppbm-akan-sertai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :