Jurukamera TV Korea Selatan ditahan polis

Jurukamera TV Korea Selatan ditahan polis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jurukamera TV Korea Selatan ditahan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jurukamera TV Korea Selatan ditahan polis
link : Jurukamera TV Korea Selatan ditahan polis

Baca juga


Jurukamera TV Korea Selatan ditahan polis

ANTARAPOS.COM

Post Pic
  
KUALA LUMPUR: Pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedikit kecoh awal pagi ini apabila polis menahan seorang pengamal media asing yang 'berkampung' bersama puluhan media yang membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam.
 
Jurukamera Korean Broadcasting System (KBS) itu ditahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi tadi.
 
Turut hadir Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman.
 
Difahamkan, jurukamera KBS itu ditahan kerana dipercayai berada di sekitar IPFN dalam keadaan mencurigakan.
 
Menurut jurucakap KBS, jurukamera itu ditahan setelah didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri serta pasport.
 
"Polis telah membebaskan dia dalam masa setengah jam setelah kami membawa dan menunjukkan segala dokumen yang perlu," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.
 
Mohd Sukri ketika dihubungi Bernama berkata kehadiran sepasukan STAFOC bukan kerana membawa anak sulung mendiang Jong-nam iaitu Kim Han-sol, 21, yang dijangka hadir ke IPFN untuk membuat pengecaman mayat dan ujian Deoksiribonukleik Asid (DNA).
 
Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak 5 petang semalam bagi menunggu kehadiran Han-sol yang dijangka hadir ke IPFN untuk melakukan ujian DNA bagi urusan menuntut mayat selain membantu siasatan kes itu namun kelibat beliau tidak kelihatan sehingga awal pagi ini.
 
Ujian DNA yang akan dibuat oleh Han-sol adalah bagi tujuan pengesahan identiti seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia.
 
Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.
 
Beliau sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun.
 
 


Demikianlah Artikel Jurukamera TV Korea Selatan ditahan polis

Sekianlah artikel Jurukamera TV Korea Selatan ditahan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jurukamera TV Korea Selatan ditahan polis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/jurukamera-tv-korea-selatan-ditahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :