Judul : PAS: BERSATU pernah kata sukar bersama HARAPAN
link : PAS: BERSATU pernah kata sukar bersama HARAPAN
PAS: BERSATU pernah kata sukar bersama HARAPAN
Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pernah memberitahu pucuk pimpinan PAS bahawa mereka sukar bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Ia kerana, kata setiausaha agung PAS itu, sekiranya BERSATU menyertai HARAPAN, parti itu menjadi parti termuda dan sukar menentukan sebarang keputusan.
"Kalau mereka buat keputusan hendak sertai HARAPAN sebagai salah satu komponen, saya rasa itu kita teliti balik (kerjasama politik).
"Tetapi perjumpaan dengan beberapa pemimpin BERSATU, mereka katakan bahawa agak sukar apabila bersama HARAPAN, itu yang diberitahu kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas persidangan berkaitan isu Rohingya di sebuah hotel di Putrajaya malam tadi.
Semalam Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan akan membuat permohonan rasmi menyertai HARAPAN.
Mahathir juga mencadangkan nama HARAPAN ditukar serta satu lambang diperkenal bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata PAS masih belum dimaklumkan mengenai hasrat BERSATU untuk membentuk gabungan dengan parti-parti dalam HARAPAN.
Bagaimanapun Takiyuddin menegaskan syarat PAS untuk bekerjasama dengan BERSATU.
"Kita telah letakkan beberapa syarat, antaranya mereka (BERSATU) tidak boleh bersama dengan HARAPAN untuk menyerang PAS. Itu antara prasyarat.
"Sama ada dia (BERSATU) nak adakan hubungan dengan HARAPAN, itu hak mereka. Tapi jangan bersama HARAPAN untuk menyerang kita," katanya.

Demikianlah Artikel PAS: BERSATU pernah kata sukar bersama HARAPAN
Sekianlah artikel PAS: BERSATU pernah kata sukar bersama HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS: BERSATU pernah kata sukar bersama HARAPAN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/pas-bersatu-pernah-kata-sukar-bersama.html