Najib: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit

Najib: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit
link : Najib: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit

Baca juga


Najib: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit

 
Perdana menteri menyifatkan pengurusan belanjawan negara seperti menguruskan perbelanjaan rumah tangga, dan semua wang tidak boleh dibelanjakan bagi mengelakkan negara berdepan masalah kewangan.


najib-gst


KUALA LUMPUR: Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Oktober ini akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanakan input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisasikannya secara berperingkat.

“Dialog TN50 ini bagi membuat perubahan pada masa akan datang, tetapi ada aspek tertentu yang kita perlu laksanakan pada masa ini.

“Sebagai contoh, perubahan dilakukan dalam bidang pendidikan hanya akan dapat dilihat hasilnya pada 2, 3 generasi akan datang,” katanya pada sesi dialog TN50 dan sambutan Hari Wanita Kebangsaan hari ini.

Turut hadir ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Najib yang juga menteri kewangan turut memberi bayangan beberapa berita baik akan diumumkan khusus bagi wanita pada pembentangan belanjawan itu yang dijadualkan 27 Oktober nanti.

“Saya tidak mahu beritahu sekarang,” katanya.

Perdana menteri berkata, Bajet 2018 mengambil kira hasil pendapatan negara, sebelum memutuskan untuk mengeluarkan sebarang peruntukan.

Menyifatkan pengurusan belanjawan negara seperti menguruskan perbelanjaan rumah tangga, Najib berkata, kerajaan tidak boleh membelanjakan semua wang yang ada kerana jika berbuat demikian, ia bakal berdepan masalah kewangan.

“Kalau semua nak tambah peruntukan, duit bukan datang dari langit. Kita perlukan hasil untuk negara, sebab itu kita laksanakan GST (cukai barang dan perkhidmatan).

“Kalau kita hapuskan GST yang banyak digunakan untuk (membiayai) keperluan rakyat, terutama wanita seperti program kesihatan dan kemahiran, apa lagi yang boleh kita buat?” katanya.

Justeru, Najib meminta rakyat tidak termakan dengan janji pembangkang mahu menghapuskan GST kerana ia hanya cakap kosong untuk meraih sokongan.



Demikianlah Artikel Najib: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit

Sekianlah artikel Najib: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Kerajaan laksana GST kerana wang tak jatuh dari langit dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/najib-kerajaan-laksana-gst-kerana-wang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :