Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam

Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam
link : Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam

Baca juga


Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam



Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam


Pemuda AMANAH menggesa kabinet mengambil tanggungjawab penuh atas kesilapan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dan berhenti membuli penjawat awam.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil berkata, penjawat awam hanya menjalankan kerja sepertimana arahan dan kehendak menteri.

Faiz Fadzil
Faiz Fadzil

Justeru Pemda AMANAH berpandangan kemampuan dan kredibiliti penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab awam kepada rakyat dan negara tidak boleh dipersoalkan.

“Yang membawa masalah kepada rakyat dan negara adalah kebinet yang tercalar dengan pelbagai skandal korupsi dan tadbir urus yang salah dan lemah.

“Seharusnya menteri yang bertanggungjawab meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada penjawat awam terutama di kementerian terbabit,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Pemuda AMANAH juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah yang lebih efisyen dan tidak membebankan rakyat dalam menangani penipuan pakej umrah termasuk meningkatkan pemantauan ke atas semua aktiviti agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.

“Tabung Haji boleh dijadikan pusat pengendali permohonan visa umrah tanpa apa-apa caj dikenakan atas dasar tanggungjawab sosial korporat. Ini adalah kerana Tabung Haji adalah badan berkanun yang diyakini rakyat dalam urusan ibadat haji dan umrah yang lebih selamat.

“Hasrat kerajaan untuk mengutip dana secara paksa daripada poket rakyat melalui IMAMS yang antara lain melibatkan caj GST bagi permohonan visa umrah telahpun dibatalkan ekoran mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

“Namun begitu, dasar terbaru kerajaan ini berubah menjadi polemik apabila menteri kabinet membuat kenyataan bercanggah seolah-olah dasar ini dibuat secara membabi buta sehinggakan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak ‘bersandiwara’ tidak tahu kelulusan kabinet ini.

“Walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi mengakui IMAMS ada dibincangkan kabinet, ironinya mengatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa CEO syarikat pengendali IMAMS iaitu Imams Sdn Bhd adalah bukan Muslim.

“Kenyataan ini selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pula menyatakan bahawa pelaksanaan IMAMS tidak seperti yang beliau inginkan,” ujarnya.

Menurut Faiz lagi, kenyataan bercanggah dan langkah ‘u-turn’ menteri-menteri kabinet ini menunjukkan kecelaruan dan haru-biru pentadbiran Putrajaya hari ini.

“Amat menyedihkan apabila mereka seolah-olah meletakkan kesalahan ke atas penjawat awam kononnya gagal memberikan maklumat tepat atau melakukan kerja dengan tidak teratur dan efisyen.

“Persoalannya bagaimana dasar IMAMS ini boleh diluluskan kabinet dan dibawa ke perbahasan peringkat jawatankuasa bajet kementerian di Parlimen tanpa maklumat lengkap tentang perkara teknikal termasuk senarai pemilik dan pengarah syarikat dan butiran caj,” soalnya.



Demikianlah Artikel Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam

Sekianlah artikel Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri harus bertanggungjawab, tidak buli penjawat awam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/menteri-harus-bertanggungjawab-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :