Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia

Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia
link : Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia

Baca juga


Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia

ISMA WEB
 

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI – Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia petang semalam, di kediamannya di Kuala Kangsar Perak.

Beliau yang sempat melalui zaman perang Dunia, pemerintahan Jepun, era Bintang Tiga Komunis, menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 96 tahun.

Beliau yang merupakan bapa saudara kepada Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abd Rahman Mat Dali pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Padang Gajah, sebelum mula bergiat dalam perjuangan kemerdekaan mempertahan tanah Melayu.

“Kita telah kehilangan seorang tokoh perjuangan Melayu yang memberikan inspirasi kepada generasi hari ini.

“Semoga Allah merahmatinya dan memasukkannya di kalangan hamba-Nya yang soleh,” kata Abdul Rahman kepada Ismaweb.

Mesra dengan panggilan Cikgu Hashim, beliau menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.

Cikgu Hashim juga merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, yang memimpin 400 orang pemuda ketika itu menentang penjajah.

Pada Disember 1948, Cikgu Hashim telah ditangkap oleh penjajah dan dipenjara selama empat tahun mengikut Undang-undang Darurat, atas dakwaan beliau menyertai gerakan anti-penjajah dan perjuangan menuntut Merdeka.

Cikgu Hashim mula bergiat aktif dalam perjuangan membebaskan tanah air dari penjajah ketika berusia 23 tahun.




Demikianlah Artikel Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia

Sekianlah artikel Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pejuang Kemerdekaan Hashim Said meninggal dunia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/pejuang-kemerdekaan-hashim-said.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :