ULASAN SAYA TENTANG TULISAN DR KAMARUL YUSOFF TERHADAP SAYA.

ULASAN SAYA TENTANG TULISAN DR KAMARUL YUSOFF TERHADAP SAYA. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ULASAN SAYA TENTANG TULISAN DR KAMARUL YUSOFF TERHADAP SAYA., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ULASAN SAYA TENTANG TULISAN DR KAMARUL YUSOFF TERHADAP SAYA.
link : ULASAN SAYA TENTANG TULISAN DR KAMARUL YUSOFF TERHADAP SAYA.

Baca juga


ULASAN SAYA TENTANG TULISAN DR KAMARUL YUSOFF TERHADAP SAYA.

Oleh Jamzuri Ardani. 

1. Hujah awal saya yang menyebut bahawa sikap DAP terhadap RUU355 adalah didorong oleh kepentingan politik dan undi dalam pilihanraya dan bukannya atas sentimen anti-Islam seperti yang cuba dimomokkan oleh lawan politik PH, masih utuh dan tidak sedikitpun tercabar dengan serangan Dr Kamarul terhadap tulisan awal saya tersebut. 

 2. Adalah lucu untuk Dr Kamarul mengandaikan bahawa beliau dan pimpinan PAS hari ini lebih mengenali dan memahami pemikiran politik almarhum TGNA berbanding tokoh-tokoh lama yang begitu akrab dan lama mendampingi almarhum seperti Hj Wan Rahim, Hj Husam, Annual Bakri dan beberapa pimpinan Parti Amanah. 

 Ini mengingatkan saya terhadap kisah golongan Khawarij yang perasan seolah-oleh mereka lebih faham tentang Islam berbanding para sahabat Nabi SAW. Sebab itu Parti Amanah berupaya menganjurkan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz dengan menampilkan pengisian yang sangat bersifat 'insightful' terhadap legasi pemikiran politik peninggalan Almarhum. PAS sampai sekarang masih tidak berupaya menandingi keupayaan Parti Amanah dalam aspek ini. 

 3. Saya adalah salah seorang perwakilan Muktamar PAS di Ipoh pada tahun 2008 yang memeterai resolusi mengukuhkan penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Tidak pernah ada sesiapa yang membentangkan berkenaan enam syarat penyertaan PAS ke dalam PR seperti yang disebut oleh Dr Kamarul semasa Muktamar tersebut. Saya juga adalah perwakilan Muktamar pada tahun 2009, 2011, dan 2014. 

Pada tahun-tahun yang saya tidak terpilih sebagai perwakilan, saya tetap hadir mendengar keseluruhan perbahasan Muktamar. Enam Syarat yang disebut oleh Dr Kamarul tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana Muktamar PAS sepanjang tempoh tersebut. Semakan saya dengan beberapa AJK PAS Pusat yang memegang jawatan dalam tempoh tersebut juga mendapati ia tidak pernah dibincang, dibentangkan dan diperakui dalam mana-mana mesyuarat JK PAS Pusat dalam tempoh itu. 

Enam syarat itu hanya dijadikan pengisian oleh penceramah-penceramah yang perturunkan oleh Dewan Ulamak PAS dan program 'Geng Ustaz' di peringkat akar umbi sepanjang krisis dalaman PAS yang bermula pada tahun 2013. Saya harap Dr Kamarul dapat membuktikan saya salah dengan menyebut di dalam mesyuarat JK PAS Pusat mana dan di dalam Muktamar PAS tahun berapa kertaskerja berkenaan enam syarat itu dibentangkan dan diperakui sebagai syarat PAS menyertai Pakatan Rakyat. 

 4. Akhir sekali, saya juga tidak berniat memanjangkan polemik perbahasan saya dengan Dr Kamarul. Saya sekadar mahu menekankan, adalah tidak munasabah untuk Dr Kamarul mengandaikan seolah-seolah beliau lebih faham tentang perjuangan PAS dan Amanah berbanding saya dan rakan-rakan pimpinan Amanah yang lain. 

 Adalah sukar untuk kamu menjadi lebih betul dari kami, dalam perkara yang kami lebih tahu dari kamu. Maka itu, berhentilah menuduh kami dengan pelbagai tuduhan yang hanya merendahkan martabat saudara sebagai seorang pensyarah universiti awam yang dibayar gaji dengan wang rakyat. 

 5. Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita semua.


Demikianlah Artikel ULASAN SAYA TENTANG TULISAN DR KAMARUL YUSOFF TERHADAP SAYA.

Sekianlah artikel ULASAN SAYA TENTANG TULISAN DR KAMARUL YUSOFF TERHADAP SAYA. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ULASAN SAYA TENTANG TULISAN DR KAMARUL YUSOFF TERHADAP SAYA. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/03/ulasan-saya-tentang-tulisan-dr-kamarul.html

Subscribe to receive free email updates: