Judul : Parlimen Dibubarkan Lepas Covid-19 Reda - Muhyiddin
link : Parlimen Dibubarkan Lepas Covid-19 Reda - Muhyiddin
Parlimen Dibubarkan Lepas Covid-19 Reda - Muhyiddin
Itu apa yang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah janjikan secara live petang semalam 4 Februari 2021..
Kuala Lumpur: "Saya ingin ulangi komitmen saya bahawa saya akan menasihati Seri Paduka Baginda untuk membubarkan parlimen sebaik saja penularan wabak Covid-19 reda dan Pilihan Raya Umum (PRU) adalah selamat untuk diadakan."Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Proklamasi Darurat yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertujuan memberikan bidang kuasa tertentu kepada kerajaan untuk mengurus pandemik Covid-19 dengan lebih cepat, cekap dan berkesan."Tindakan serta-merta sedang diambil kerajaan di bawah peruntukan Ordinan Darurat yang sedang berkuat kuasa. Proklamasi Darurat ini tidak mempunyai tujuan lain selain daripada membendung penularan Covid-19 dengan lebih berkesan dan melindungi nyawa rakyat."Kerajaan mendapat perkenan selepas Tuanku berpuas hati penularan wabak Covid-19 di negara ini berada di tahap kritikal dan perlunya pelaksanaan darurat selaras dengan keputusan Jemaah Menteri."Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pihak supaya berhenti melemparkan tohmahan yang tidak berasas terhadap keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenankan Proklamasi Darurat," katanya pada Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung hari ini.Muhyiddin berkata, walaupun segelintir pihak cuba mencabar Proklamasi Darurat di mahkamah, beliau percaya Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara amat memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara."Sebagai ketua kerajaan, saya juga sentiasa menghormati sistem dan proses perundangan negara kita yang berpaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen."Saya menyeru rakan-rakan saya baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan menggembleng usaha memerangi wabak Covid-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik," katanya ~ MyMetro
Teks penuh ucapan Tan Sri Muhyiddin sila baca di >> SINI <<
Demikianlah Artikel Parlimen Dibubarkan Lepas Covid-19 Reda - Muhyiddin
Sekianlah artikel Parlimen Dibubarkan Lepas Covid-19 Reda - Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Parlimen Dibubarkan Lepas Covid-19 Reda - Muhyiddin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/parlimen-dibubarkan-lepas-covid-19-reda.html