Ahli Politik Didakwa Mencabul Ditahan - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Politik Didakwa Mencabul Ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Ahli Politik Didakwa Mencabul Ditahanlink :
Ahli Politik Didakwa Mencabul Ditahan
Baca juga
Ahli Politik Didakwa Mencabul Ditahan
KOTA KINABALU: Polis menahan seorang ahli politik yang didakwa terbabit dalam dakwaan melakukan gangguan seksual dan serangan di sini, hari ini.
Anggota polis, dipercayai dari Jabatan Siasatan Jenayah, muncul di pejabat Phillip Among, ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), ketika beliau bercakap kepada wartawan dalam sidang media pada 12.30 tengah hari tadi.
Among, yang digantung jawatannya sebagai penyelaras Parlimen Putatan susulan kontroversi itu, mengadakan sidang media untuk menjawab tuduhan mencabul seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan dan menyerang seorang pegawai Rela baru-baru ini.
Among memberitahu wartawan, beliau sudah memfailkan saman sivil terhadap peserta itu, pegawai Rela dan portal berita berhubung dakwaan terbabit yang dinafikannya sebagai palsu.
Pihak berkuasa menghabiskan lebih 30 minit di pejabatnya selepas media bersurai dan Among dibawa menaiki sebuah kenderaan polis tidak bertanda, dipercayai untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan, di sini.
Peguamnya, Marcel Jude berkata, Among ditahan polis untuk membantu siasatan atas dakwaan gangguan seksual dan serangan.
Terdahulu, dalam sidang media itu, Among memberitahu wartawan, beliau sedia bekerjasama dengan polis “setiap masa”.
Katanya, beliau “sangat terkejut dan jijik” dengan dakwaan palsu dalam laporan polis peserta pertandingan ratu cantik itu serta pegawai Rela.
“Saya sudah mengarahkan peguam saya memulakan prosiding mahkamah terhadap dua individu itu dan penerbit tertentu.
“Saya juga akan memfailkan saman terhadap mereka yang menyiarkan cerita berniat jahat ini di internet, termasuk di WhatsApp.”
Among menafikan beliau mencabul peserta itu dan mendakwa seluruh cerita serta laporan polis itu “palsu untuk menyakiti dan merosakkan saya, keluarga dan reputasi peribadi serta umum saya.”
Beliau turut menafikan dakwaan menyerang anggota Rela itu.
Among berkata, sejak dilantik sebagai penyelaras Parlimen Putatan, beliau menerima banyak sokongan rakyat, tetapi “pada masa sama, ada ramai orang yang cemburu dan bersedia menggunakan politik kotor untuk menyakiti dan memusnahkan saya.”
Selain saman sivil terhadap catatan di media sosial, katanya, beliau turut mengarahkan peguamnya memfailkan aduan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
Beliau juga percaya dakwaan itu “sebahagian daripada konspirasi politik”.
“Saya percaya ada musuh di dalam dan luar; mereka boleh menyerang anda dari pelbagai sudut.”
Sementara itu, Jude berkata, hanya disebabkan laporan polis difailkan terhadap anak guamnya, ia tidak bermakna Among bersalah.
“Tiada pertuduhan, tetapi bagaimana (parti itu) boleh menghukum Among tanpa memberi peluang kepadanya untuk didengari?
“Satu daripada prinsip utama perundangan ialah mana-mana individu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.”
Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, mengesahkan penahanan ahli politik berkenaan.
Katanya, lelaki terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas dakwaan mencabul.
“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas lelaki terbabit dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
“Polis juga sudah selesai merakam keterangan wanita yang mendakwa menjadi mangsa cabul itu hari ini dan besar kemungkinan akan memanggil beberapa saksi untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya kepada FMT.
Demikianlah Artikel Ahli Politik Didakwa Mencabul Ditahan
Sekianlah artikel Ahli Politik Didakwa Mencabul Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahli Politik Didakwa Mencabul Ditahan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/ahli-politik-didakwa-mencabul-ditahan.html