Judul : Zahid, Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah?
link : Zahid, Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah?
Zahid, Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah?
Usaha berterusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak yang mahu membawa UMNO keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan terdesak mahu menyelamatkan diri masing-masing daripada kes mahkamah.
Pemimpin senior parti, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa Zahid dan Najib sudah kesuntukan masa memandangkan kes mereka berdua di mahkamah semakin hampir dijatuhkan hukuman dan perlu membela diri dalam semua pertuduhan.
Nazri menyifatkan tindakan Zahid mengheret parti dalam masalah peribadi semata-mata untuk melepaskan diri daripada kes mahkamah adalah tidak boleh diterima sekali sehingga parti kini terpaksa berdepan perpecahan yang lebih terus.
“Zahid dan Najib cuba mengheret parti bersama-sama dengan masalah peribadi mereka, ini tidak boleh diterima sama sekali… tindakan mereka ini akan menyebabkan parti berpecah.
“Adakah wajar UMNO berpecah dua hanya disebabkan oleh mereka berdua ini?” katanya lagi.
Menjelang Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini, Nazri berkata Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan meninggalkan kerajaan PN walaupun didesak oleh MT sebaliknya mereka akan kekal dengan ketetapan sebelum ini menamatkan kerjasama hanya apabila Parlimen dibubarkan.
“Saya tidak akan keluar dan akan kekal dalam kerajaan PN… kami kekal dengan pendirian No Anwar, No DAP yhang dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 lalu,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Najib pula berdepan beberapa kes mahkamah antaranya tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta,empat pertuduhan rasuah menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
UMNO dijadualkan mengadakan mesyuarat MT malam ini dan bakal memuktamadkan keputusan sama ada MP UMNO akan kekal dalam kerajaan PN atau sebaliknya.
Bagaimanapun sumber parti memberitahu kemungkinan besar Zahid akan cuba mendesak MT membuat ketetapan semua MP UMNO perlu meninggalkan kerajaan PN dan Menterinya perlu meletak jawatan daripada Kabinet serta-merta.
Nazri juga sebelum ini mengumpulkan 25 akuan bersumpah (SD) dikalangan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi melantik Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai wakil jurucakap mereka sekiranya dipanggil Agong, ia selepas mereka hilang kepercayaan terhadap Zahid yang dikatakan memberikan maklumat salah kepada Yang di-Pertuan Agong semasa menghadap tempoh hari.
Zahid dan Najib yang terpalit dengan pakatan sulit dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang merancang ke arah pembentukan jajaran baharu, ia termasuk PKR dan DAP.
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here |
Demikianlah Artikel Zahid, Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah?
Anda sekarang membaca artikel Zahid, Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/zahid-najib-terdesak-nak-selamatkan.html