Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak

Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak
link : Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak

Baca juga


Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak

PETALING JAYA: PKR Sarawak memberi alasan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan undi pos membabitkan 250,000 rakyat negeri itu yang bekerja di Semenanjung, selain dakwaan politik wang antara faktor kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN), semalam.

PKR tewas di semua 28 kerusi ditandingi, berbanding menang di tiga kerusi pada PRN Sarawak 2016, manakala DAP sekadar menang di dua kerusi, dengan Amanah turut tewas di semua lapan kerusi ditandingi.

PKR dalam kenyataan berkata, majoriti daripada 250,000 rakyat Sarawak tidak dapat pulang mengundi susulan peningkatan ketara harga tiket penerbangan.

“Tidak ada harga siling dilaksanakan kerajaan bagi memudahkan rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung untuk pulang mengundi.

“Selain itu, pandemik Covid-19 dan pelaksanaan pilihan raya pada Sabtu menyebabkan jumlah keluar mengundi adalah rendah,” katanya.

Dalam kenyataan itu PKR mendakwa, berlaku politik wang di beberapa kawasan tertentu.

“Kami sudah melaporkan insiden ini kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan SPR dengan kami sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada badan berkuasa berkenaan,” katanya.

Katanya, antara faktor menyumbang kekalahan parti itu susulan tindakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menekan pengundi dengan sengaja melaksanakan pilihan raya sebelum Undi18, berkuatkuasa.

“Kesannya, sejumlah 150,000 pengundi muda terlepas peluang untuk mengundi pada pilihan raya kali ini,” katanya.

GPS meraih kemenangan besar selepas menguasai 76 daripada 82 kerusi ditandingi, manakala PSB menang empat kerusi, dengan dua dikuasai DAP ~ FMT


Demikianlah Artikel Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak

Sekianlah artikel Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/12/ini-alasan-kenapa-pkr-kalah-semua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :