Judul : Zuraida Dah Kena Removed Dari Group WhatsApp MPT Bersatu?
link : Zuraida Dah Kena Removed Dari Group WhatsApp MPT Bersatu?
Zuraida Dah Kena Removed Dari Group WhatsApp MPT Bersatu?
Semalam sidang media selepas menghadiri program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Parit Haji Ali di Muar, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sehingga kini Zuraida masih lagi bersama-sama dengan Bersatu.
"Pelbagai spekulasi mengenai Zuraida dan pandangan saya sebagai Ketua Penerangan parti, saya berpendapat isu (spekulasi berkenaan Zuraida keluar Bersatu dan menyertai PBM) dibincang dalam mesyuarat kita (dan isu berkenaan) kekal dalam mesyuarat (tidak dihebahkan).
"Lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi daripada parti kalau ada apa-apa, kalau tiada sebaiknya kita pastikan Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor," katanya lapor Kosmo.
Bagaimanapun hari ini satu laporan dari Utusan Malaysia mengatakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Berikut adalah laporannya..
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ekoran kontroversi yang melanda pemimpin tersebut.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, kumpulan WhatsApp itu dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kumpulan WhatsApp ini terdiri daripada Presiden sehingga ke bawah, ini bagi mengelakkan rahsia parti diketahui Zuraida. Dia dikeluarkan daripada ‘group’ pada keesokan harinya selepas mesyuarat MPT Bersatu.
“Semua yang ada dalam mesyuarat itu bersetuju dengan tindakan untuk keluarkan Zuraida, sebab kita tidak mahu ada watak-watak yang tidak setia dengan parti,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, jelas sumber, tiada respons daripada Zuraida sendiri setelah namanya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp tersebut.
Utusan Malaysia cuba mendapatkan respons daripada Zuraida namun panggilan masuk ke peti suara, malah WhatsApp juga tidak berbalas.
Difahamkan, tindakan memecat Zuraida mendatangkan dilema kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana sebarang tindakan diambil oleh beberapa ahli Parlimen khususnya Bersatu boleh mengakibatkan kerajaan sedia ada tergugat dan kemungkinan tumbang.
Zuraida sebelum ini merupakan Naib Presiden PKR dan kini merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Beliau dipecat daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan peranannya dalam Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH, dua tahun lalu.
Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau tetap setia kepada Bersatu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber memberitahu Utusan Malaysia, walaupun Mohamed Azmin tidak dituduh terlibat dengan PBM, ahli MPT Bersatu itu tanpa diminta menegaskan dia tetap setia kepada Bersatu.
“Tidak ada siapa pun mempersoalkan, tetapi dia sendiri menyatakan kesetiaan bukan sekali, tapi tiga kali. Dia bercakap secara terang-terangan menyatakan kesetiaan kepada Bersatu, yang terbaharu dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.
“Beliau menafikan ada kaitan politik dengan Zuraida dan luahannya itu supaya tidak ada mana-mana pihak yang syak wasangka dengan niat dia menyertai Bersatu, semua orang tahu dia daripada PKR kan,” katanya ketika dihubungi semalam.
"Lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi daripada parti kalau ada apa-apa, kalau tiada sebaiknya kita pastikan Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor," katanya lapor Kosmo.
Bagaimanapun hari ini satu laporan dari Utusan Malaysia mengatakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Berikut adalah laporannya..
Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, kumpulan WhatsApp itu dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kumpulan WhatsApp ini terdiri daripada Presiden sehingga ke bawah, ini bagi mengelakkan rahsia parti diketahui Zuraida. Dia dikeluarkan daripada ‘group’ pada keesokan harinya selepas mesyuarat MPT Bersatu.
“Semua yang ada dalam mesyuarat itu bersetuju dengan tindakan untuk keluarkan Zuraida, sebab kita tidak mahu ada watak-watak yang tidak setia dengan parti,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, jelas sumber, tiada respons daripada Zuraida sendiri setelah namanya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp tersebut.
Utusan Malaysia cuba mendapatkan respons daripada Zuraida namun panggilan masuk ke peti suara, malah WhatsApp juga tidak berbalas.
Difahamkan, tindakan memecat Zuraida mendatangkan dilema kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana sebarang tindakan diambil oleh beberapa ahli Parlimen khususnya Bersatu boleh mengakibatkan kerajaan sedia ada tergugat dan kemungkinan tumbang.
Zuraida sebelum ini merupakan Naib Presiden PKR dan kini merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Beliau dipecat daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan peranannya dalam Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH, dua tahun lalu.
Sumber memberitahu Utusan Malaysia, walaupun Mohamed Azmin tidak dituduh terlibat dengan PBM, ahli MPT Bersatu itu tanpa diminta menegaskan dia tetap setia kepada Bersatu.
“Tidak ada siapa pun mempersoalkan, tetapi dia sendiri menyatakan kesetiaan bukan sekali, tapi tiga kali. Dia bercakap secara terang-terangan menyatakan kesetiaan kepada Bersatu, yang terbaharu dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.
“Beliau menafikan ada kaitan politik dengan Zuraida dan luahannya itu supaya tidak ada mana-mana pihak yang syak wasangka dengan niat dia menyertai Bersatu, semua orang tahu dia daripada PKR kan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Demikianlah Artikel Zuraida Dah Kena Removed Dari Group WhatsApp MPT Bersatu?
Sekianlah artikel Zuraida Dah Kena Removed Dari Group WhatsApp MPT Bersatu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zuraida Dah Kena Removed Dari Group WhatsApp MPT Bersatu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/02/zuraida-dah-kena-removed-dari-group.html