MCA Yakin BN Akan Tawan Semula P. Pinang

MCA Yakin BN Akan Tawan Semula P. Pinang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA Yakin BN Akan Tawan Semula P. Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA Yakin BN Akan Tawan Semula P. Pinang
link : MCA Yakin BN Akan Tawan Semula P. Pinang

Baca juga


MCA Yakin BN Akan Tawan Semula P. Pinang

GEORGE TOWN: Seorang pemimpin MCA Pulau Pinang menjangkakan “majoriti senyap” dalam kalangan pengundi Cina akan membantu Barisan Nasional (BN) menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, susulan “angin perubahan” yang berlaku baru-baru ini.

Setiausaha MCA negeri, Yeoh Chin Kah berkata, ini bukan hanya berdasarkan lawatan bekas perdana menteri, Najib Razak ke sini minggu lepas, tetapi juga trend pengundian baru-baru ini.

Jumaat lepas, Najib dikerumuni orang ramai ketika melawat Pulau Pinang, di mana beliau memberi ucapan pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Pulau Pinang ke-2.

Masyarakat Cina menunjukkan sokongan apabila beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta beberapa lokasi di pulau itu dan Seberang Perai ketika lawatan dua harinya.

“Kita mesti faham sikap kaum Cina. Mereka kebanyakannya senyap. Kita tak boleh cakap sambutan terhadap acara Najib sahaja menjadi petunjuk sokongan,” kata Yeoh.

“Terdapat satu bahagian besar pengundi Cina yang konservatif dan senyap. Mereka hanya akan mendedahkan perasaan sebenar mereka di peti undi.”

Beliau berkata, terdapat perubahan undi yang ketara ke arah BN semasa pilihan raya negeri (PRN) Johor, Melaka dan Sarawak baru-baru ini.

Di Johor, pengundi berusia 18 hingga 21 tahun mengundi BN, manakala mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Mereka dalam kumpulan umur 30-40 tahun menyokong PH mungkin kerana terpengaruh dengan perhimpunan Bersih selama ini.

“Bagaimanapun, kumpulan 18-21 tahun mempunyai rekod bersih tanpa pengaruh. Hasilnya mereka memilih BN. Di Pulau Pinang, kami rasa golongan muda akan membantu mengalihkan undi kepada BN,” katanya ~ FMT



Demikianlah Artikel MCA Yakin BN Akan Tawan Semula P. Pinang

Sekianlah artikel MCA Yakin BN Akan Tawan Semula P. Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA Yakin BN Akan Tawan Semula P. Pinang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/04/mca-yakin-bn-akan-tawan-semula-p-pinang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :