Anwar Akui PH Gagal Tadbir Negara.. Tetapi..

Anwar Akui PH Gagal Tadbir Negara.. Tetapi.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Akui PH Gagal Tadbir Negara.. Tetapi.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Akui PH Gagal Tadbir Negara.. Tetapi..
link : Anwar Akui PH Gagal Tadbir Negara.. Tetapi..

Baca juga


Anwar Akui PH Gagal Tadbir Negara.. Tetapi..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada kegagalan Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir negara sehingga gabungan itu digulingkan selepas 22 bulan tetapi mengaitkannya dengan beberapa pemimpin gabungan itu yang kini berada dalam Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PH itu berkata kegagalan berkenaan turut disumbangkan oleh beberapa anggota Kabinet ketika itu yang kini bertanding di atas tiket PN bagi mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar yang juga Presiden PKR dalam nada sinis mempersoal kebolehan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu diberi tanggungjawab menerajui portfolio berkaitan hal ehwal ekonomi dalam melaksanakan tugasnya.

"Siapa dia menteri ekonomi ketika itu? Nak pangkah (undi) dia buat apa? Yang teruk FELDA bawah dia sampai tak terkawal. Rencana (rancangan) ekonomi tiada, ini jadi masalah dia.

"Menteri Dalam Negeri siapa? Menteri Luar siapa? Yang buat ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum). Bawa perhimpunan beramai-ramai. Datuk Saifuddin Abdullah yang bentang (ICERD) di Parlimen, tetapi kita (PH) kena marah.

"Saya bangun ketika itu (di Parlimen), hendak bantah (pembentangan) pun tak boleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan (usul) itu dibentang oleh menteri. Tetapi kini, di (Parlimen) Indera Mahkota, PAS sokong Saifuddin yang membawa ICERD," kata calon PH Parlimen Tambun itu.

Beliau berucap pada Program Grand Finale Jelajah Mega PH di pekarangan Dewan Majlis Serbaguna AU2 di Keramat di sini, malam ini yang turut disertai Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga calon PH bagi Parlimen Gombak.

Sementara itu, beliau berkata, tumpuan PH adalah untuk memulihkan ekonomi negara, jika diberi peluang mentadbir negara lapor Berita Harian


Demikianlah Artikel Anwar Akui PH Gagal Tadbir Negara.. Tetapi..

Sekianlah artikel Anwar Akui PH Gagal Tadbir Negara.. Tetapi.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Akui PH Gagal Tadbir Negara.. Tetapi.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/11/anwar-akui-ph-gagal-tadbir-negara-tetapi.html

Subscribe to receive free email updates: