Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia

Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia
link : Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia

Baca juga


Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia

Abdul Hadi mengadakan pertemuan bersama Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia. –Foto Facebook Datuk Seri Abdul Hadi Awang


SHAH ALAM - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan bersama Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia sepertimana yang dijadualkan bagi memberi penerangan mengenai Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 (Akta 355).

Dalam pertemuan itu, Abdul Hadi memberi penerangan terperinci mengenai perihal undang-undang tersebut.

Mengulangi pendirian yang sama, Abdul Hadi berkata Pindaan Akta 355  berkenaan hanya akan melibatkan orang Islam di negara ini, yang mana ia tidak akan melibatkan golongan bukan Islam.

"Dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut undang-undang Islam di Malaysia ini hanya untuk orang Islam sahaja, mahkamah syariah tidak boleh menghukum penganut agama lain.

"Apa yang berlaku hari ini ialah orang Islam tidak boleh menjalankan undang-undang mereka sendiri dalam perkara berkaitan jenayah...jadi sekarang ini kita hanya mahu mengangkat kedudukan mahkamah syariah yang mana tarafnya lebih rendah daripada mahkamah rendah, " katanya di bangunan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dialog Persatuan Hokkien-Pas minggu depan]

Terdahulu pertemuan itu, diadakan susulan tindakan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat bagi menentang rang undang-undang persendirian tersebut.

Ujarnya lagi, oleh itu tiada sebab kenapa Pindaan Akta 355 ini perlu ditentang kerana ia hanya melibatkan orang Islam.

"Kita mendesak agar Ahli Parlimen seramai 125 orang menyokong cadangan ini, bukan Islam terpulang, kami tiada masalah dengan bukan Islam, cuma sekarang kami sedang bergelut dengan orang Islam sahaja, Pindaan Akta 355 tiada sebab bagi pihak lain untuk menentang kerana ia berkait dengan orang Islam sahaja, Orang bukan Islam akan terpelihara kerana ia sudah dijamin dalam Perlembagaan," katanya lagi.




Demikianlah Artikel Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia

Sekianlah artikel Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi bersemuka dengan Persatuan Hokkien Malaysia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/hadi-bersemuka-dengan-persatuan-hokkien.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :