Judul : TANDA MB PAHANG LEBIH TIDAK SIHAT
link : TANDA MB PAHANG LEBIH TIDAK SIHAT
TANDA MB PAHANG LEBIH TIDAK SIHAT
shahbudindotcom
Untuk membuktikan dirinya sihat, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mencipta rekod yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin iaitu menanggalkan kasut, mengangkat kaki ke muka dan kemudian meletakkan pen di celah-celah jari kakinya.
Melakukan aksi tersebut sambil duduk di persidsngan Dewan Undangan Negeri Pahang, Adnan yang sudah 18 tahun menjadi Menteri Besar dan 30 tahun sebagai ADUN, turut bertanya jika ada mana-mana wakil rakyat lain boleh melakukan aksi sepertinya.
Merujuk aksinya itu, Adnan berkata ia sebagai membuktikan dirinya benar-benar sihat dan untuk menepis dakwaan yang tersebar mengenai masalah kesihatannya.
Perlakuan Adnan ini bukan saja janggal dan pelik dalam konteks Malaysia, malah juga tidak pernah dilakukan olen mana-mana pemimpin lain di dunia ini.
Untuk apa Adnan mempamerkan aksi sedemikian untuk membuktikan dirinya benar-benar sihat?
Apakah tidak ada cara lain lagi untuk memperlihatkan kesihatan dan segar tubuh badannya?
Pemimpin yang sihat tubuh badan dan tiada gangguan kejiwaan, pasti tidak sanggup berbuat aksi seperti itu. Budak-budak sekolah rendah yang nakal juga belum tentu sampai ke tahap itu perlakuannya.
Dalam hal ini, mungkin Adnan kelihatan sihat dari segi fizikal, tetapi dalamannya jelas ada masalah.
Dengan perlakuan sedemikian, beliau secara langsung telah menunjukkan kepada umum ketidaklayakannya untuk terus menjadi pemimpin.
Rakyat dan pengundi Pahang, dengan yang demikian, punya asas yang lebih kukuh untuk menolak beliau dan kerajaan yang dipimpinnya.
Demikianlah Artikel TANDA MB PAHANG LEBIH TIDAK SIHAT
Sekianlah artikel TANDA MB PAHANG LEBIH TIDAK SIHAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TANDA MB PAHANG LEBIH TIDAK SIHAT dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/tanda-mb-pahang-lebih-tidak-sihat.html