Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Kronik?

Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Kronik? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Kronik?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Kronik?
link : Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Kronik?

Baca juga


Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Kronik?


Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin mendakwa krisis ketidakyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin kronik.

Beliau berkata, ketidakyakinan rakyat ini kerana kekurangan integriti, kejujuran dan keberanian moral dalam kalangan elit negara ini, khususnya mereka yang berkuasa. "Gejala rasuah yang berleluasa sehingga wang awam boleh dicuri untuk kegunaan persendirian oleh kakitangan awam atau kes kakitangan awam menyembunyikan jumlah wang yang begitu banyak sudah tidak lagi memeranjatkan kita. "Seolah-olahnya gejala rasuah yang sistemik telah menyelubungi dan melumpuhkan negara sehingga kita terpaksa menerimanya bulat-bulat," katanya dalam rencana tulisannya yang diterbitkan akhbar The Edge. Beliau berkata, mereka yang korup harus dihukum dan rakyat tidak patut menunjuk sebarang simpati terhadap mereka. Namun katanya, penjenayah yang mempunyai perlindungan politik tidak segera dihadapkan ke muka pengadilan. "Dalam kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah misalnya, sudah hampir dua bulan berlalu sejak mereka yang disyaki, dilepaskan melalui ikat jamin. Ini memberi ruang kepada orang ramai untuk terus membuat spekulasi mengenai salah guna sistem pentadbiran. "Demikian juga dengan tuduhan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan. Dan siapakah yang boleh menafikan kewujudan kes rasuah berbilion ringgit serta salah guna kuasa sedang berlaku di negara kita?" soalnya. Beliau mengingatkan bahawa bahawa kekurangan integriti nasional mempunyai kesan yang sangat buruk dan kesannya boleh dirasai melangkaui generasi pada hari ini. Menurutnya, Kajian menunjukkan negara yang dianggap mempunyai kadar rasuah tinggi mengalami kadar pertumbuhan ekonomi lebih rendah berbanding negara yang bersih daripada gejala rasuah, selain menghadapi kesan negatif dalam pertumbuhan ekonomi. "Tiada siapa mahu melabur di negara yang tidak menghormati peraturan perundangannya sendiri. "Ramai yang lupa bahawa punca sesuatu masyarakat atau sesebuah negara itu boleh berjaya ataupun gagal, dan sesuatu tamadun serta empayar agung boleh runtuh adalah disebabkan kekurangan atau ketiadaan integriti," katanya lagi. Justeru katanya, untuk menyelesaikan isu-isu struktural ini maka adalah penting jika sifat mulia perlu diwujudkan di peringkat paling atas dalam kalangan mereka yang berkuasa. "Malah, kelangsungan negara kita dan kejayaannya bergantung kepada keutuhan moral setiap orang, terutama di kalangan mereka yang memimpin. "Pemimpin mesti menegakkan tingkah laku berintegriti tinggi, tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka dan tidak mengambil kesempatan atas kedudukan pangkat masing-masing. Mereka yang berkuasa mesti berwaspada dan beringat bahawa menyalahgunakan kuasa adalah satu sifat tidak bermaruah," tegasnya.


Demikianlah Artikel Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Kronik?

Sekianlah artikel Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Kronik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Kronik? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/12/krisis-keyakinan-rakyat-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :