RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
link : RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Baca juga


RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Oleh Che Ibrahim Mohamed 

 1. Mengapa Akta Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah)1965 perlu dipinda oleh MP Marang? Tiada siapa menafikan jumlah hukuman dalam Akta 355 perlu dipinda selepas kali terakhir dipinda tahun 1984, bahkan keseluruhan kandungan Akta 355 perlu dimansuhkan atau dipinda jika benar kita berhasrat untuk perkasakan mahkamah syariah mengikut undang undang Islam.

Begitu juga tiada siapa menafikan ahli Parlimen bukan Kerajaan berhak mengemukakan usul bagi Parlimen memberi kebenaran kepadanya mengemukakan RUU Persendirian untuk meminda mana mana akta seperti yang telah termaktub dalam Peraturan 49, Perintah Perintah Tetap Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Walau bagaimana pun setiap MP yang ingin berbuat demikian perlu menyatakan alasan yang boleh menyakinkan MP MP lain untuk menyokong usulnya mengapa beliau perlu diberi kebenaran untuk mengemukakan RUUP.

Di segi rekod Parlimen, MP Kinta (Dap) telah diberi laluan untuk membentangkan usulnya bagi meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Melindungi Pekerja dan Gaji Minima 1977.

Akta Akta ini adalah berkaitan pergerakan Kesatuan Sekerja dalam sektor swasta, hak hak pekerja dan majikan serta perkara perkara lain yang melibatkan kepentingan pekerja dan syarikat syarikat sdn bhd dan Badan Berkanun/perbadanan Bukan Kerajaan.

Kerajaan kadang kadang mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan kepentingan syarikat dan pekerja swasta. Hampir semua kesatuan sekerja dikuasai oleh mereka yang bukan pro kerajaan,bahkan pekerja pekerja di sektor swasta bukanlah anak emas kerajaan seperti mana pekerja sektor awam.

Pada masa yang sama,kebanyakan pemimpin Kesatuan Sekerja dan aktivis pekerja dikuasai oleh pemimpin pemimpin parti pembangkang yang lebih diyakini oleh pekerja sektor swasta untuk perjuangkan hak mereka. Oleh itu MP Kinta(Dap) mempunyai alasan yang kukuh dan amat menasabah untuk mengemukakan RUUP bagi meminda akta akta yang berkaitan kepentingan pekerja dan hubungan mereka dgn dengan majikan dalam sektor swasta.

Sepanjang MP Marang (Pas) membentang usulnya untuk mendapat kebenaran Parlimen bagi meminda Akta 355, tidak ada hujah hujah yang nyata dan menasabah mengapa beliau perlu diberi kebenaran untuk berbuat sedemikian, bahkan MP Marang sendiri masih keliru dalam hujahnya seolah olah beliau sedang membentang satu RUU 355 bagi pihak Kerajaan.

Saya berpandangan sebagai pembawa usul, MP Marang masih tidak jelas tahap usul yang dikemukakan. Beliau berhujah dengan yakin mengapa pindaan pindaan yang dicadangkan dalam RUU 355 disokong, tetapi beliau terlupa untuk menyatakan alasan beliau perlu diberi kebenaran untuk meminda Akta 355.

Sepatutnya pada peringkat ini MP Marang berhujah mengapa beliau patut diberi kebenaran untuk mengemukakan RUUP bagi meminda Akta 355 kerana perbahasan berkaitan pindaan yang dicadangkan hanya akan dibincang selepas Bacaan Kedua oleh Menteri.

Semua pihak berpandangan Akta 355 perlu dipinda oleh Kerajaan kerana mahkamah syariah adalah sebahagian daripada pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Akta 355 tidak menampakkan apa apa kepentingan semasa secara langsung atau tidak langsung kepada MP Marang dan Pas.

Oleh itu apakah yang tersirat disebalik urusan yang sepatutnya disempurnakan oleh kerajaan, tiba2 diberi kepada MP Marang untuk membawanya dalam keedaan jelas menampakkan ada pencatur lain dibelakangnya?


Demikianlah Artikel RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Sekianlah artikel RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU 355 - ANTARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/ruu-355-antara-yang-tersurat-dan.html

Subscribe to receive free email updates: