Judul : Khemah Ijtimak Persidangan Ulamak Sedunia dilanda ribut
link : Khemah Ijtimak Persidangan Ulamak Sedunia dilanda ribut
Khemah Ijtimak Persidangan Ulamak Sedunia dilanda ribut
Cobaan... |
Khemah Ijtimak Persidangan ulamak sedunia yang mula berlansung petang semalam di Stadium Sultan Muhamad di Kota Bharu, Kelantan terbang dilanda angin kencang malam tadi.
Dipercayai tidak ada kemalangan jiwa berlaku. Namun beberapa khemah pameran para peniaga di situ telah mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.
Kerugian tanggung sendiri? |
Apakah ribut yang menimpa kali ini ada kaitannya dengan tuduhan PAN murtad oleh Hj Najmi Zakaria, Ketua Penerangan PAS Tanah Merah pada 14 Julai lalu ?
Dalam ucapannya di perkarangan Madrasah Pak Man Serbuk, Kampung Dalam Pondok Tanah Merah Kelantan, beliau berkata orang PAN (AMANAH) murtad dan patut dibunuh.
Dalam kejadian pertama sebelum ini iaitu pada 29 April lalu, semasa Muktamar PAS Pusat sedang belangsung di Kompleks PAS Kedah, ribut kencang telah melanda yang menyebabkan kemusnahan khemah utama dan beberapa khemah lain di tempat kejadian.
Selain terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat kerosakan tersebut, beberapa orang turut mengalami kecederaan.
Musibah yang menimpa orang soleh adalah ujian, yang menimpa orang tidak soleh itu adalah bala... |
Begitulah kehendak Allah yang menguji hambaNya dengan pelbagai ujian termasuk ribut sama ada hambaNya yang soleh atau tidak. Jangan pula ada yang menganggap ia bala Allah S.W.T kepada PAS kerana Makkah khususnya Masjidilharam acapkali juga dilanda ribut. [Jom kita berhusnul zon]
Demikianlah Artikel Khemah Ijtimak Persidangan Ulamak Sedunia dilanda ribut
Sekianlah artikel Khemah Ijtimak Persidangan Ulamak Sedunia dilanda ribut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khemah Ijtimak Persidangan Ulamak Sedunia dilanda ribut dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/khemah-ijtimak-persidangan-ulamak.html