Secara teknikal PAS ditendang - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Secara teknikal PAS ditendang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Secara teknikal PAS ditendanglink :
Secara teknikal PAS ditendang
Secara teknikal PAS ditendang
Oleh Subky Latif
TIDAK mengejutkan sesiapa dan tidak mengecilkan hati PAS apabila Majlis Presiden Pakatan Harapan menolak kerjasama dengan PAS kerana PAS terkeluar daripada pakatan pembangkang itu.
Apabila Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, PAS tidak pernah menyertainya kerana ia dibentuk secara teknikalnya adalah untuk mengeluarkan PAS daripada kumpulan pembangkang itu.
Orang nampak yang mengacau ialah PAS. Ia yang memutuskan tamat tahaluf siyasi dengan DAP.
Tetapi secara teknikalnya sekutunya dalam bekerja menendang PAS daripadanya kerana PAS dirasakan dan dikatakan tidak bulat menerima DS Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
Ia dikatakan sedia mencari calon lain. Tetapi tiada keterangan PAS mahu meninggalkannya sehinggalah PAS dan matlamat pejuangannya dirasakan telah dihina oleh sekutunya.
Lama sebelum muktamar PAS memutuskan putus hubungan dengan DAP, telah diwujudkan apa yang dikatakan NGO, Pasma oleh orang-orang PAS yang bersiap sedia bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ramai pimpinan penting PAS masa itu ghairah menghadiri program penerangan NGO itu dan ikut menjayakan perjumpaannya.
Sekalipun PAS telah menyatakan sikap terhadap DAP tetapi ia mengekalkan hubungan dengan PKR sebagai keluarga dalam Pakatan Rakyat. Apakah Pakatan Rakyat boleh diselamatkan, dan boleh PAS duduk semeja lagi dengan DAP bergantung kepada perkembangan.
Mungkin suara dari Sungai Buloh boleh mengubah keadaan.
Keputusan pemilihan Muktamar di Kuala Selangor dan memutuskan hubungan dengan DAP membuka retak dalam PAS jadi serpih. Retak sudah bemula sebelum muktamar itu dan dipercayai gara-gara calon perdana menteri yang mulai tidak sekata itu.
DAP dipercayai sudah bersedia lama dengan usul PAS itu dan bersedia menyokong mewujudkan ganti PAS dalam pakangan pembangkang yang lain.
Galakan DAPlah dipercayai yang menyediakan tapak menggantikan PAS lama sebelum PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan muncul kumpulan menggantikan NGO yang disediakan dijadikan parti baharu.
Kumpulan tertentu dalam PKR menyatakan sedia menyertai rombongan parti baharu itu dalam jelajahnya keseantero negara. Ia boleh dilihat sebagai isyarat ada antara mereka yang sudah bersedia mengenyahkan PAS daripada pakatan itu.
Bukan suatu yang mustahil gejala yang merancang penyingkiran PAS sama dengan apa yang PAS pernah hadapi semasa ia memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional hujung tahun 70-an dulu.
Dr. Mahathir yang ketika jadi Timbalan Perdana Menteri merancang menentang PAS daripada kerajaan BN dengan teknik politiknya, menyebabkan PAS mengambil keputusan keluar daripada kerajaan BN sebelum ia ditendang. Dan langkah yang PAS buat memutuskan hubungan dengan DAP itu adalah persediaan sebelum ia ditendang bagi digantikan oleh parti yang disediakan bagi menggantikannya.
Mungkin Dr. Mahathir yang sudah keluar lagi dari Umno ada peranan menjauhkan PAS daripada Pakatan Rakyat dan kemudiannya jadi Pakatan Harapan.
Dr. Mahathir tidak susah untuk bersama semula dengan Anwar, tetapi dia mungkin berasa payah untuk bersama PAS. Dia boleh bersama DAP dan Anwar, tetapi tidak mungkin boleh bersama kedua-duanya jika PAS ada bersama DAP. Tiada parti yang disokong Cina selain daripada DAP.
Jika PAS dan DAP boleh dipisahkan, tiada masalah baginya untuk bersama DAP. Dan jika Najib boleh ditumpaskan, kalau Mahathir hendak kembali kepada Umno, dia boleh bawa DAP bagi menggantikan MCA, Gerakan dan BN. Yang menghalang PAS kembali ke pangkuan Pakatan bukan DAP dan Mat Sabu saja, tetapi pemimpin de facto Mahathir di situ.
Demikianlah Artikel Secara teknikal PAS ditendang
Sekianlah artikel Secara teknikal PAS ditendang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Secara teknikal PAS ditendang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/secara-teknikal-pas-ditendang.html
Related Posts :
SINAR HARIAN
Darell Leiking
KOTA KINABALU - Naib Presiden PKR, Darell Leiking hari ini mengumumkan meletak jawatan dan kelua… Read More...
Kes Senator UMNO Didakwa Ugut Bunuh Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya
Kes senator yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap dua orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Gombak sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa… Read More...
Saya ditinggalkan jet PM di Madinah FARUSH KHAN 21 September 2016 FARUSH KHAN PADA tahun 2000 saya pergi lagi ke tanah suci, kali ini membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad). Memandangkan program lawatan seperti selalunya dirancang rapi oleh semua pihak berkaitan, maka saya tidak langsung meramalkan sebarang masalah. Seperti ke mana-mana pun saya dan wartawan lain pergi dalam lawatan rasmi seperti itu, segala keperluan, daripada tempahan tiket kapal terbang hingga kepada penginapan biasanya disediakan. Rupa-rupanya telahan saya tersasar kali ini. Saya berhadapan dengan masalah besar. Tidaklah seserius tragedi kesesakan, tolak-menolak dan tindih-menindih yang berlaku di terowong Muassim, Mina, yang meragut lebih 1,500 nyawa ketika saya tunai haji pada 1990, tetapi ia tetap mencemaskan. Ia bermula selepas rombongan kami yang seramai 36 orang tiba di Madinah. Kami ditempatkan di Hotel Oberoi, terletak hanya 80 meter dari Masjid Nabawi. Sebelum Zohor, beberapa orang yang bersama perdana menteri di kawasan Raudah, diberi penghormatan memasuki makam Nabi SAW. Tentu saya tidak mahu lepaskan peluang keemasan seperti itu. Bukan semua orang diizinkan masuk kawasan makam Nabi. Keesokannya, seorang pegawai bertugas mengedarkan surat ringkas ke bilik kami yang memaklumkan bahawa kami perlu bersiap sedia untuk keluar dari hotel jam 8.30 malam untuk bertolak ke Riyadh dengan jet peribadi perdana menteri. Semua penjadualan penerbangan kami dengan pesawat komersial dibatalkan. Saya masukkan kain baju ke dalam beg, dan petang itu, saya ke Masjid Nabawi lagi. Di antara Maghrib dan Isya saya mengambil peluang membaca al-Quran. Jam 7.15 malam, saya kembali ke hotel untuk bersama rombongan yang bakal bertolak jam 8.30 malam seperti dijadualkan. Tetapi alangkah terkejutnya saya apabila dapati beg saya sudah tiada lagi dalam bilik dan semua rakan wartawan sudah tiada di bilik masing-masing. Akhirnya saya diberitahu oleh seorang lelaki Melayu yang ada di hotel itu bahawa perdana menteri bersama rombongannya sudah meninggalkan hotel. Saya mula cemas. Seingat saya, saya tidak pernah segelabah itu; ke hulu ke hilir di luar hotel dan di sekitar masjid, mencari mereka macam kucing kehilangan anak. Antara jam 7.45 dan 9.45 malam saya berjalan mencari rakan-rakan rombongan, setiap detik mendoakan agar dapat temui mereka. Percikan keringat jangan dikira lagi! Gagal menemui mereka di situ, saya menyewa teksi, terus ke kawasan lapangan terbang khas yang dijadualkan membawa rombongan kami ke Riyadh, tetapi tempat itu sunyi-sepi. Seorang manusia pun tidak ada. Saya balik semula ke Masjid Nabawi, debaran jantung bertambah kencang. Sudah hampir mati akal. Saya tidak tahu di mana lagi hendak mencari mereka. Setelah bertanya kepada beberapa orang di Hotel Oberoi, saya diberitahu di kawasan berdekatan ada pejabat menjual tiket penerbangan yang buka jam 10 malam. Nasib saya sangat baik. Ketika itu dalam poket kot saya ada pasport, sedikit wang dan cek, tiga benda yang amat saya perlukan. Saya bergesas ke pejabat jualan. Hanya ada seorang pelanggan dan dua staf yang sudah bersiap untuk ‘tutup kedai'. Saya memberitahu mereka saya perlukan tiket ke Riyadh. Seorang daripada mereka yang boleh bertutur bahasa Inggeris berkata: “Kami nak tutup pejabat sekarang.” Saya: “Tolonglah saya. Saya perlukan tiket ke Riyadh, malam ini atau esok." Pegawai itu bertanya: “Who are you?” Saya memberitahu profesion saya dan terus mengambil peluang menunjukkan itinerari program lawatan rasmi itu. Dia sedikit mesra selepas menelitinya. Pegawai: “Anda lihat seorang pelanggan tadi. Dia nak ke Riyadh juga kerana saudaranya mati. Tapi kami tidak boleh buat apa-apa sebab kapal terbang sudah penuh.” Saya: “Ya, saudara dia sudah mati, tapi saya masih hidup. Perdana menteri saya akan temui raja anda di Riyadh dan apa jadi pun, saya wajib ada di sana pagi esok. Kalau tidak, saya akan mati. Anda pun akan mati juga!” Kerana gelabah, saya bagaikan hilang arah tentang apa yang patut saya cakap. Pegawai itu merenung saya. Entah apa yang difikirkan. Dia pergi kembali ke mejanya, capai gagang telefon dan buat panggilan. Pandangannya terus ke arah saya. Saya memicit dahi, tidak putus-putus berharap dan berdoa. Saya yakin ALLAH akan melepaskan saya daripada kecemasan. Kira-kira 10 minit kemudian, pegawai itu keluar kembali, berdiri di hadapan saya dan berkata: Brother, you got the ticket... 7.45 am flight tomorrow. Subhanallah! Saya lega teramat. Kami berpelukan. Badan saya terasa seolah-olah ringan, seperti mahu terbang masa itu juga. Dari jam 7.45 pagi keesokannya, saya lena sepanjang penerbangan hingga pesawat mendarat di kota Riyadh, ibu negeri Saudi Arabia itu, hampir dua jam kemudian. Yang menarik, sehari sebelum itu, ketika di Madinah, saya siap menghantar ucapan perdana menteri yang dijadual untuk disampaikan dalam majlis dengan pemerintah di Riyadh dan ucapan itu disiarkan di muka depan The New Straits Times keesokan hari. Tidak lama selepas bertemu dan berpelukan dengan rakan-rakan wartawan di Riyadh, saya diberitahu, perdana menteri tidak jadi berucap malam itu. Astaghfirullah. Saya diam seribu bahasa!
FARUSH KHAN
PADA tahun 2000 saya pergi lagi ke tanah suci, kali ini membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri (… Read More...
HINA MAHKAMAH - KENYATAAN ASAL LIM GUAN ENG YANG MENGHERETNYA KE MAHKAMAH !!Nampaknya, Lim Guan Eng DAP semakin tertekan dan ibarat menghitung hari sahaja. Beliau bukan sahaja berdepan dengan kes rasuah dan salahguna… Read More...
RUU pindaan Akta 355 : Sebelum ni hudud, lepas tu bukan hudud, lepas tu hudud balik?
Pimpinan tertinggi PAS gagal menyakinkan Persekutuan Persatuan Hokkien untuk menyokong RUU pindaan Akta 355 yang dikemukakan Ha… Read More...