Anwar Masih Berpeluang Jadi Perdana Menteri

Anwar Masih Berpeluang Jadi Perdana Menteri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Masih Berpeluang Jadi Perdana Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Masih Berpeluang Jadi Perdana Menteri
link : Anwar Masih Berpeluang Jadi Perdana Menteri

Baca juga


Anwar Masih Berpeluang Jadi Perdana Menteri

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpandangan, dari segi jumlah sokongan yang diterima oleh ahli Parlimen Port Dickson itu adalah munasabah.

“Semalam, kita semua sudah hantar surat akuan bersumpah (SD), proses itu diteruskan dan saya rasa kita tunggu apa pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dari segi sokongan itu, saya fikir munasabah,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah Anwar masih berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Seramai 114 ahli Parlimen dilaporkan akan dipanggil ke Istana Negara dikatakan mempunyai kaitan dengan majoriti yang telah memihak kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ahli Parlimen terlibat adalah daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, UMNO, MCA, MIC, Pas dan beberapa parti lain serta ahli Parlimen Bebas.

Shamsul Iskandar yang merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya menambah, ahli Parlimen pembangkang masih belum menerima apa-apa jemputan daripada Istana Negara.

“Kita tunggu daripada Istana, kalau dikatakan Pakatan Harapan (PH) dipanggil kita akan hadir.

“Saya fikir ini sekadar proses sesuai dengan peruntukan Perlembagaan iaitu pada hemat baginda mungkin memiliki majoriti dan sesiapa pun yang dipilih dia akan pergi ke Parlimen untuk diundi,” katanya.

Shamsul Iskandar turut berpendapat, sekiranya Ismail Sabri telah dipilih menjadi Perdana Menteri, sepatutnya beliau mengangkat sumpah pada hari ini (Khamis).

“Kalau dikatakan cuba digambarkan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, hari ini patutnya dia angkat sumpah, bukan pergi kepada pengesahan. Kenapa nak mengesahkan, seolah-olah ada benda yang tidak kena,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar turut ditanya adakah pihak pembangkang atau PH telah mempersiapkan barisan kabinet.

“Masih terlalu awal lagi untuk kita susun kerana kita punya pendekatan adalah take one step. Cuma perbincangan dan perancangan itu sudah ada,” ujarnya lapor Sinar



Demikianlah Artikel Anwar Masih Berpeluang Jadi Perdana Menteri

Sekianlah artikel Anwar Masih Berpeluang Jadi Perdana Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Masih Berpeluang Jadi Perdana Menteri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/anwar-masih-berpeluang-jadi-perdana.html

Subscribe to receive free email updates: