Ni Fahmi Kata.. Bukannya Anwar Yang Kata..

Ni Fahmi Kata.. Bukannya Anwar Yang Kata.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ni Fahmi Kata.. Bukannya Anwar Yang Kata.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ni Fahmi Kata.. Bukannya Anwar Yang Kata..
link : Ni Fahmi Kata.. Bukannya Anwar Yang Kata..

Baca juga


Ni Fahmi Kata.. Bukannya Anwar Yang Kata..

PETALING JAYA: PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, selepas bekas timbalan presiden parti itu dikatakan menemui wakil PKR minggu lalu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan berkata, Azmin dianggap oleh ahli, penyokong parti dan orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan melalui Langkah Sheraton.

Katanya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat malam tadi yang antara lain membincangkan pemilihan parti dan persiapan untuk kongres tahunannya.

Baru-baru ini, timbul spekulasi bahawa Azmin akan kembali ke pangkuan PKR selepas didakwa berjumpa dengan dua wakil parti itu pada Rabu lalu, tetapi menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu menafikannya sebagai spekulasi semata-mata.

“Ramai orang saya jumpa, jadi saya tidak ingat dengan siapa yang saya jumpa,” kata ahli Parlimen Gombak itu seperti dipetik Malaysia Gazette berhubung pertemuan dengan wakil PKR.

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber, pertemuan antara Azmin dan wakil PKR itu didakwa membabitkan dakwaan ahli Parlimen daripada parti itu yang setia bersama Azmin.

Mereka juga memberi petunjuk bahawa Azmin sedang “meninjau untuk membeli insurans” demi kelangsungan politiknya.

Perkara itu timbul susulan penafian Azmin berhubung khabar angin beliau akan mengikut jejak Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu.

Azmin berkata, beliau akan terus bekerjasama rapat dengan ahli Bersatu dan menghargai presidennya, Muhyiddin Yassin yang mempertahankannya dengan menafikan khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan parti itu.

Azmin dan Zuraida menyertai Bersatu selepas dipecat oleh PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020 yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang hanya 22 bulan selepas ia berkuasa dan kelahiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin lapor FMT



Demikianlah Artikel Ni Fahmi Kata.. Bukannya Anwar Yang Kata..

Sekianlah artikel Ni Fahmi Kata.. Bukannya Anwar Yang Kata.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ni Fahmi Kata.. Bukannya Anwar Yang Kata.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/06/ni-fahmi-kata-bukannya-anwar-yang-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :