Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esoklink :
Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok
Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka akan menghadapi enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini esok.
Bagi kesemua pertuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).
Sementara itu satu sumber ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara berkenaan.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh didakwa di mahkamah pagi esok.
Pendakwaan dipercayai berkaitan kes salah guna dana awam program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik Covid -19 dan ia adalah kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.
Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN yang diterajui Muhyiddin.
Terdahulu pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.
Bagaimanapun, sehari kemudian SPRM mengesahkan bekas Perdana Menteri itu antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.
Kemudian pada 20 Februari, SPRM memaklumkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik berstatus Ahli Parlimen dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, ditahan berhubung kes Jana Wibawa.
Selang sehari, bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.
Pada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan di mahkamah sama atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.
Dia sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 Februari atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek sama, disusuli pendakwaan kali ketiga pada 28 Februari berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta. –
KOSMO! ONLINE.
Demikianlah Artikel Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok
Sekianlah artikel Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Esok dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/muhyiddin-dijangka-berdepan-6.html
Related Posts :
PPBM bincang keputusan sertai PH 13 Disember, kata MuhyiddinANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Disember ini… Read More...
Apa salah Hadi hadir Himpunan Solidariti Rohingya?, soal PASOleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Idris Ahmad menempelak tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan Pres… Read More...
Bekas peguam sultan Johor mahu pindah kes ke KL
Hafiz Yatim
Peguam Kamal Hisham Jaafar, yang berdepan beberapa pendakwaan pecah amanah dan pertuduhan bawah Akta … Read More...
Wira PERKASA rela berkhemah dengan Orang Asli Hari ini, 3:24 petang Hari ini, 4:22 petang Sebagai langkah membela nasib malang yang membelenggu Orang Asli di Hutan Simpan Balah di Kelantan, Wira PERKASA Malaysia menyatakan kesanggupan mereka untuk berkhemah bersama kaum minoriti itu. Janji itu dinyatakan Naib Ketua Wira PERKASA Malaysia, Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd Asemari dalam kenyataanya hari ini. Katanya kesediaan itu dibuat selepas mereka melihat pendirian kerajaan Kelantan yang didakwanya terus menerus menafikan hak kaum Orang Asli di negeri itu. Mohamad Shahiran turut menggesa kerajaan Kelantan menghentikan menuduh bahawa bantahan Orang Asli itu berpunca daripada hasutan pihak luar. “Dekatilah mereka dan selamilah rasa sayang dan cinta mereka terhadap hutan yang menjadi tempat tinggal mereka turun temurun. Pilihlah, nak lindungi orang asli atau tauke balak? “Sekiranya mereka terus dibuli dan dihalang, kami sanggup berkhemah bersama kumpulan itu sehingga tuntutan mereka didengar oleh kerajaan Kelantan,” katanya. Sebelum ini, beberapa Orang Asli bertindak mempertahankan kawasan Hutan Simpan Balah di Gua Musang dengan mendirikan sekatan. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka ditahan dan direman. Shahiran berkata pihaknya juga sanggup menyediakan khidmat peguam untuk Orang Asli terbabit jika nasib mereka terus tidak terbela. “Wira PERKASA mendesak kerajaan negeri Kelantan tidak lagi mengeluarkan lesen untuk kegiatan pembalakan di kawasan tanah adat Orang Asli,” katanya. Beliau berkata kerajaan Kelantan seharusnya bersimpati pada nasib yang menimpa Orang Asli, bukannya hanya kepada etnik Rohingya yang ditindas pihak berkuasa Myanmar. “Jika kerajaan Kelantan fikir mereka ada hak mutlak untuk memberi lesen pembalakan, Orang Asli pula ada hak terhadap tanah adat mereka. Ingat, Orang Asli juga diiktiraf dan dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia melalui Artikel 8(5)(c),” katanya. Difahamkan lebih 80 peratus aktiviti pembalakan dilakukan berhampiran petempatan Orang Asli. Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) sebelum ini mendakwa pembalakan skala besar di kawasan terbabit memberi kesan kepada kira-kira 13,000 orang dan melibatkan 17 pos Orang Asli. Bukan itu saja, masyarakat Orang Asli di Kelantan turut mengancam untuk menolak kerajaan PAS dan Barisan Nasional jika hak mereka untuk mendapatkan tanah adat dan kawasan penempatan gagal diselesaikan.MALAYSIAKINI
Sebagai langkah membela nasib malang yang membelenggu Orang Asli di Hutan Simpan Balah di Kelantan, Wira PERKA… Read More...
PPBM tak perlu tunggu PAS, kata ZuhdiOleh Haizal Yatiran
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu menunggu PAS dalam meneruskan hasr… Read More...