Judul : NEGARA MEMERLUKAN SATU PROSEDUR YANG TERATUR TENTANG MURTAD.
link : NEGARA MEMERLUKAN SATU PROSEDUR YANG TERATUR TENTANG MURTAD.
NEGARA MEMERLUKAN SATU PROSEDUR YANG TERATUR TENTANG MURTAD.
Oleh Che Ibrahim Mohamad
Murtad mengikut Undang Undang Islam adalah satu kesalahan yang serius. Mengikut Kanun Jenayah Syariah Kelantan II (1993) 2015 (Undang Undang Hudud Kelantan), seorang yang murtad hendaklah dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tidak ditetapkan sehingga beliau bertaubat, jika enggan juga, maka hendaklah dibunuh.
Walaubagaimana pun, murtad tidak menjadi satu kesalahan dalam undang undang Malaysia. Perbuatan murtad juga tidak boleh dibicarakan sebagai satu perbuatan jenayah di mahkamah sivil dan juga di mahkamah syariah.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan, perbuatan murtad amat banyak berlaku terutama bagi masyarakat pedalaman di Sabah dan Sarawak dan di kalangan orang asli di semenanjung.
Apa yang berlaku di Sarawak sebagai contoh, banyak isu pemelukan Islam berlaku kerana perkahwinan, tetapi mereka sendiri tidak beramal dengan Islam.
Bila berlaku perceraian, mereka kembali hidup mengikut agama asal mereka, sedangkan nama dan status mereka dalam kad pengenalan masih lagi Islam. Dengan kata lain mereka telah murtad!!!!
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ini ialah bagaimana untuk menyelesaikan konflik ini? Mereka sudah murtad tetapi dalam kad pengenalan mereka masih beragama Islam?
Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak tidak ada peruntukkan yang jelas berkaitan ini, mereka menyelesaikan secara pentadbiran melalui Jabatan Agama Islam Sarawak yang sudah tentu akan menimbulkan berbagai bagai masalah kerana tidak ada peruntukkan undang undang.
Apabila berlaku kes 4 orang rakyat Sarawak yang telah memfailkan permohonan untuk murtad ditolak oleh Mahkamah Sivil kerana tidak ada pengisytiharan atau pengesahan dari mahkamah syariah, maka parti kompenan PH di Sarawak telah mendesak tentang perlunya satu prosedur yang jelas berkaitan isu murtad ini.
Demikianlah Artikel NEGARA MEMERLUKAN SATU PROSEDUR YANG TERATUR TENTANG MURTAD.
Sekianlah artikel NEGARA MEMERLUKAN SATU PROSEDUR YANG TERATUR TENTANG MURTAD. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NEGARA MEMERLUKAN SATU PROSEDUR YANG TERATUR TENTANG MURTAD. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/03/negara-memerlukan-satu-prosedur-yang.html