Najib saman Tommy, Mohd Shukri, Amar Singh

Najib saman Tommy, Mohd Shukri, Amar Singh - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib saman Tommy, Mohd Shukri, Amar Singh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib saman Tommy, Mohd Shukri, Amar Singh
link : Najib saman Tommy, Mohd Shukri, Amar Singh

Baca juga


Najib saman Tommy, Mohd Shukri, Amar Singh

FMT Reporters 


 Reuters melaporkan saman difailkan pada 30 Jun dan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan 2 timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi 16 Julai depan. 

  KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan 3 saman berasingan masing-masing terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh. 

 Reuters yang menerima dokumen tersebut pada Rabu lepas melaporkan, saman itu difailkan pada 30 Jun dan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan 2 timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi pada 16 Julai depan. 

 Laporan itu menyebut, Badrul Abdullah, yang mengetuai satu daripada 2 firma guaman mewakili Najib berkata, ketiga-tiga individu terbabit bersikap prejudis terhadap Ahli Parlimen Pekan itu sepanjang siasatan dijalankan dan melalui kenyataan yang dikeluarkan mereka. 

 “Kami memohon deklarasi mahkamah sama ada terdapat konflik berkepentingan dalam kalangan defendan. Turut dimohon ialah kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah,” kata peguam terbabit. 

 Mei lalu, Mohd Shukri berkata siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2015 telah dihalang, manakala Amar Singh mengetuai pasukan polis yang merampas pelbagai barangan mewah bernilai hampir RM1 bilion dari beberapa premis yang dikaitkan dengan Najib. 

 Rabu lepas Tommy mengetuai pasukan pendakwaan mendakwa Najib dengan 3 pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa berhubung wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikatakan dipindahkan ke akuan peribadi beliau.

  Bekas perdana menteri itu dibebaskan dengan jaminan RM1 juta dan 2 penjamin. Kes dijadualkan disebut semula pada 8 Ogos. Beliau juga diperintah menyerahkan 2 pasport antarabangsa diplomatik dan awam miliknya kepada mahkamah. 

 Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini dilarang ke luar negara, diminta memberi keterangan kepada pihak berkuasa. Beberapa akaun bank berkaitan bekas presiden Umno itu juga dibekukan kerana disyaki menerima wang daripada dana 1MDB. 

 Najib mendakwa beliau merupakan mangsa “dendam politik” Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sesetengah anggota Kabinet yang lantang membuat kenyataan mengenai kes tesebut.~ freemalaysiatoday


Demikianlah Artikel Najib saman Tommy, Mohd Shukri, Amar Singh

Sekianlah artikel Najib saman Tommy, Mohd Shukri, Amar Singh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib saman Tommy, Mohd Shukri, Amar Singh dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/07/najib-saman-tommy-mohd-shukri-amar-singh.html

Subscribe to receive free email updates: