Alahaiii.. Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alahaiii.. Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Alahaiii.. Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka?link :
Alahaiii.. Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka?
Alahaiii.. Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka?

PETALING JAYA: PKR belum memutuskan siapa antara dua calon wanita yang akan bertanding di kerusi Ampang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Sumber daripada PKR Ampang berkata, kerusi tersebut bakal ditandingi antara Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar atau ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail.
“Keputusan muktamad masih belum dibuat kerana terdapat pertembungan antara senarai calon daripada Presiden Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Rafizi Ramli,” kata sumber itu.
“Rafizi mahu Rodziah bertanding di kerusi itu kerana beliau telah menjadi exco kerajaan Selangor selama dua penggal berturut-turut.”
Sumber itu menambah, Parlimen Permatang Pauh mungkin akan ditandingi Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek jika Nurul Izzah bertanding di Ampang.
Kata sumber itu lagi, walaupun Ampang bukan kerusi selamat, keluarga Anwar berhasrat bertanding di kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 tetapi “hilang” selepas Ahli Parlimen berpaling tadah kepada parti lain.
Bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin memenangi kerusi Ampang pada PRU14 ketika beliau bersama PKR. Bagaimanapun, beliau adalah antara 11 Ahli Parlimen PKR yang berpaling tadah menyertai Bersatu pada Februari 2020, mengakibatkan kejatuhan kerajaan PH.
Disebabkan itu, beliau dan Ahli Parlimen lain dilabelkan sebagai “pengkhianat” oleh pengikut PKR.
Zuraida ialah Ahli Parlimen Ampang tiga penggal yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dan 2013 juga. Beliau dijangka mempertahankan kerusi itu di bawah tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 19 Nov.
Awal bulan ini, beliau secara rasmi dilantik sebagai presiden PBM. Parti itu dilaporkan telah memohon menyertai Barisan Nasional (BN) ~
FMT
Demikianlah Artikel Alahaiii.. Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka?
Sekianlah artikel Alahaiii.. Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Alahaiii.. Nak Letak Calon Pun Ikut Kem Ka? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/10/alahaiii-nak-letak-calon-pun-ikut-kem-ka.html