Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka

Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka
link : Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka

Baca juga


Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka


 Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad  sepatutnya menasihatkan Najib dan isterinya supaya bertaubat terlebih dahulu sebelum meminta rakyat memaafkan mereka.

 Para Mufti dan para ulama pewaris ambia' patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka dan memulangkan kembali segala harta benda yang telah disonglap dari dana 1MBD.

  Para Ulama perlu memahami apa kesalahan yang PM Najib dan isterinya telah lakukan. Jangan ingat Najib dan isterinya hanya mencuri telor ayam atau kambing sahaja.

 Senang sangat Tok Peti Kelantan suruh rakyat supaya memaafkan Najib kerana katanya dalam Islam mengajar supaya memberi kemaafan kerana mereka sudah insaf.

 Masa bila pula Najib telah insaf?

 Pernahkah Najib secara terbuka telah bertaubat dan mengakui kesalahannya mencuri dana 1MBD dan telah mengembalikannya semula?

 Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr walaupun bukan beragama Islam, memulangkan kembali aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan dolar. Mereka lebih islamik dan bermaruah walaupun bukan beragama Islam.

 DiCaprio memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB dan berusaha memulangkan barangan lain yang tidak dinamakan yang diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan amal.

 Model kelahiran Australia, Miranda Kerr menyerahkan barangan kemas bernilai AS$8.1 juta kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat seminggu selepas dokumen saman itu mendedahkan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low membelinya dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB.
  
 Tetapi isteri MO1 yang ngaku beragama Islam, menerima 28 barangan kemas termasuk rantai berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta dari Low yang didakwa dibeli dari dana 1MBD, masih terus menyepi mendiamkan diri.

   Kelmarin Berita Harian melaporkan :

KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata umat Islam di negara ini perlu ambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku di negara lain sehingga menjadi porak peranda. 

Beliau berkata, tidak dinafikan, mungkin ada pemimpin negara melakukan kesilapan, namun dalam Islam mengajar supaya memberi kemaafan kerana mereka sudah insaf.

 "Sebarang kesilapan perlu dimaafkan kerana Islam mengajar kita saling bermaaf-maafan. Seperti pepatah 'bumi mana yang tidak ditimpa hujan'. 

"Kalau kita tidak dapat yang (pemimpin) terbaik, memadailah kita dapat yang baik atau mungkin yang lebih baik," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan Sabtu lalu, meminta semua parti politik negara supaya menolak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara, yang bercanggah dengan ajaran al-Quran. 

Beliau berkata, al-Quran mempamerkan ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman. 

Mohamad Shukri berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat yang tidak sepatutnya diizinkan sebarang campur tangan kuasa asing berhubung hal ehwal negara. 

"Musuh tidak akan senang melihat Islam bangkit, sebaliknya mencari jalan untuk melemahkan supaya orang Islam terus ketinggalan kebelakangan. 

"Justeru, semua rakyat terutama umat Islam tidak boleh mengizinkan campur tangan kuasa asing, sebaliknya mencari cara untuk mengukuhkan kedudukan negara, " katanya. sumber


Demikianlah Artikel Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka

Sekianlah artikel Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Para Mufti dan ulama patut minta Najib dan isterinya mengaku kesilapan mereka dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/para-mufti-dan-ulama-patut-minta-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :