Judul : KISAH AKU, MAHFUZ, PAS DAN AMANAH.
link : KISAH AKU, MAHFUZ, PAS DAN AMANAH.
KISAH AKU, MAHFUZ, PAS DAN AMANAH.
Oleh Jamzuri Ardani
Ini adalah diantara detik paling istimewa dalam sejarah perjuangan politik ku. Aku sebenarnya tidak pernah menjejak ke bangunan Parlimen sebelum ini.
Ini adalah diantara detik paling istimewa dalam sejarah perjuangan politik ku. Aku sebenarnya tidak pernah menjejak ke bangunan Parlimen sebelum ini.
Ini kali pertama, bukan sebab tiada peluang atau jemputan tetapi aku memang kurang minat. Aku punya penilaian yang agak rendah terhadap Parlimen Malaysia. Terlalu sedikit untuk dibanggakan dengan Parlimen Malaysia. Hanya segelintir Ahli Parlimen yang benar-benar berkualiti. Kebanyakannya adalah produk sistem politik naungan yang membosankan.
Sistem perundangan kita sudah usang dan perlembagaan kita pula ketinggalan zaman. Tetapi penggubal undang-undang lebih banyak menghabiskan masa bertengkar isu yang remeh temeh. Sudahlah tempoh persidangan Malaysia adalah antara yang paling pendek di dunia, sekitar 60 hari sahaja setahun. Berbanding sidang Parlimen negara Eropah yang rata-ratanya melebihi 100 hari bersidang dalam setahun.
Tapi kali ini aku hadir juga. Ya ... kerana yang menjemputnya adalah tidak lain dan tidak bukan, YB Mahfuz sendiri. Beliau adalah seorang ahli politik dan anggota Parlimen yang berjaya memenangi perhormatan dariku. Aku pernah menjadi AJK Dewan Pemuda PAS selama dua penggal ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS.
Seusai sahaja Muktamar PAS 2015 yang berakhir dengan ‘pesta penyembelihan’ itu,
aku menghantar mesej kepada YB Mahfuz meminta pandangan beliau. Soalan aku mudah, “Apakah Pas masih boleh diselamatkan?” Dia jawab ringkas, “Tak boleh selamat dah ... carilah wadah lain”.
Pandangan beliau senada dengan beberapa orang pimpinan lain yang rapat denganku yang sempat aku tanyakan ... termasuk Salahudin Ayub dan YB Dr Syed Azman.
Pada 16 September 2015, berlaku Majlis Pelancaran Parti Amanah Negara. Aku diamanahkan sebagai Floor Manager untuk majlis tersebut. Seusai raptai majlis pada malam sebelumnya, aku teringat pada YB Mahfuz. Aku hantar mesej pada beliau, “majlis esok tak lengkap kalau YB tak masuk Amanah”. Dia tidak jawab mesej saya.
Hari ini akhirnya YB Mahfuz mengumumkan untuk bersama keluarga besar Amanah. Ada semacam rasa kepuasan dalam hati ini. Lawatan pertamaku ke Parlimen terasa berbaloi. Aku gembira dan bersyukur.
Semoga Allah merestui dan merahmati segala perjuangan dan kerja buat kami, yang dahulu, sekarang dan akan datang. Aamiin. ~ sumber
Demikianlah Artikel KISAH AKU, MAHFUZ, PAS DAN AMANAH.
Sekianlah artikel KISAH AKU, MAHFUZ, PAS DAN AMANAH. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KISAH AKU, MAHFUZ, PAS DAN AMANAH. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/03/kisah-aku-mahfuz-pas-dan-amanah.html